Monday, June 11, 2012

Panduan Bersolek Muslimah

Perkara- perkara di bawah ini perlu diambil perhatian oleh setiap muslimah sebelum mengenakan sebarang solekan pada wajah :-


  • Bahan solekan yang digunakan halal dan tidak memudaratkan.
  • Bersolek bukan tujuan menggoda, mendapat pujian lelaki atau menarik perhatian mereka, kecuali untuk tatapan suami sendiri
  • Penggunaan pelembab bibir, losen muka, bedak dan seumpamanya di luar rumah bertujuan menjaga kesihatan kulit daripada kering, merekah dan lain-lain.
  • Tidak mengubah mana-mana bahagian anggota tubuh semulajadi (iaitu bukan kerana darurat atau keperluan kesihatan) seperti mencukur bulu kening dan lain-lain, termasuk bertindik di lidah, bibir dan sebagainya.
  • Tidak mengambil khidmat jurusolek berlainan jantina dan bukan muhrim
  • Tidak mendedahkan aurat seperti rambut yang sengaja dikueluarkan di bahagian depan atau bahagian dada yang tidak ditutup sempurna untuk menampakkan perhiasan seperti rantai.
  • Tidak membazir dengan membeli alat solekan yang terlalu mahal walaupun berkemampuan semata-mata untuk menunjukkan kemegahan dan kelainan daripada orang lain.
  • Cara solekan hendaklah jauh daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan aqidah atau syariat (bacaan jampi serapah, memakai susuk dan seumpamanya).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...