Berdasarkan hadis-hadis Baginda Nabi s.a.w. Antaranya ialah:-
Ayat yang paling utama di dalam surah al-Baqarah ialah ayat al-Kursi. (Tafsir Ibn Kathir, jilid. 1, halaman. 506)
Dalam satu riwayat Baginda Nabi s.a.w. menyatakan bahawa ayat yang paling agung dalam al-Quran ialah al-Kursi. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Ubay bin Ka'ab r.a. bahawa Baginda s.a.w. pernah bertanya kepadanya, "Apakah ayayt yang paling agung dalam Kitab Allah?"
"Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui," sahut Ubay bin Ka'ab. Maka Nabi s.a.w. mengulang-ulang pertanyaan tersebut dan kemudian Ubay bin Ka'ab menjawab; " Ayat al-Kursi."
Lalu Baginda mengatakan: " Engkau akan dilelahkan (dipenatkan, dalam erti kata disibukkan) oleh ilm, hai Abu Mudzir (gelaran kepada Ubay bin Ka'ab). Demi Zat yang jiwaku berada ditangan-Nya, sesungguhnya ayat al-Kursi itu mempunyai lidah dan dua bibir yang sentiasa menyucikan al-Malik (Allah s.w.t) di sisi tiang Arasy."
Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Imam Muslim tanpa adanya tambahan" ....Demi Zat yang jiwaku berada di tangan-Nya , sesungguhnya ayat al-Kursi itu mempunyai satu lidah dan dua bibit yang sentiasa menyucikan al-Malik (Allah s.w.t) di sisi tiang Arasy..."
No comments:
Post a Comment