1. Roh orang mukmin akan keluar dengan mudah, sedangkan orang kafir akan diseksa dengan rohnya yang sukar untuk keluar.
2. Roh orang Mukmin keluar seperti keringat, sedangkan roh orang kafir keluar dari mulutnya seperti keluarnya roh Keldai
3. Roh orang mukmin wangi seperti bau kasturi yang paling wangi, sedangkan bau roh orang kafir seperti bangkai yang paling busuk.
4.Roh seorang mukmin keluar sambil memujin Allah.
5. Pandangan mata akan mengikuti roh yang dicabut.
6. Para malaikat memohon agar pintu-pintu langit dibuka untuk roh orang mukmin
7. Pintu-pintu langit tidak akan dibuka untuk orang kafir.
8. Allah swt memerintahkan agar roh orang mukmin dikembalikan ke bumi setelah kitab amalnya ditulisn di ' Illiyyin'.
9. Roh orang kafir akan dihempaskan dengan kuat dari langit setelah kitab amalnya ditulis di 'Sijjin' , sehingga jatuh menimpa jasadnya sendiri.
10. Mayat (jenazah) seorang mukmin merasa senang dengan keberadaan orang-orang soleh di samping makamnya ketika dia dikuburkan, seukuran lamanya waktu untuk menyembelih dan membahagikan daging seekor unta.
11. Penghimpitan liang kubur.
12. Akal mayat akan dikembalikan di alam kubur
13. Mayat mendengar bunyi derap kaki para pengantar ketika mereka pulang dari tanah perkuburan.
14. Bilakah mayat akan di soal oleh malaikat ?
15. Dua malaikat akan datang untuk menyoal mayat.
16.Allah swt meneguhkan iman orang mukmin di dalam kubur.
17.Orang mukmin mampu menjawab pertanyaan malaikat. Manakala orang kafir penuh dengan keraguan dalam menjawab soalan malaikat.
18. Orang soleh akan duduk dengan tenang sebelum malaikan menyoalnya, manakala orang yang amalnya buruk akan duduk dengan keresahan.
19. Syurga akan diperlihatkan kepada orang yang amalnya buruk, yakni melalui sebuah lubang. " Agar orang tersebut melihat Syurga yangtidak diberikan oleh Allah kepadanya.".
20. Orang mukmin akan melihat Neraka yang telah Allah jauhkan darinya.
21. Satu pintu menuju Syurga dibukakan bagi orang mukmin di kuburnya.
22. Satu pintu neraka dibukakan bagi orang kafir dikuburnya.
23. Orang Mukmin akan melihat tempatnya di Syurga, dan orang kafir akan melihat tempatnya di neraka.
24. Pandangan orang mukmin akan diluaskan di kuburnya, sedangkan pandangan orang kafir akan disempitkan.
25. Amal soleh akan menjelma menjadi seseorang berparas cantik, berpakaian indah, wangi, dan membawa kabar gembira. Sedangkan amal buruk datang dengan menjelma menjadi seseorang dengan berpakaian jelek, berbau busuk, dan membawa khabar yang menyedihkan.
26. Orang kafir dipukul dengan palu besar dari besi sehingga ia menjadi tanah.
27. Para malaikat mencium roh orang yang beriman.
28. Roh-roh orang yang beriman merasa gembira dengan kedatangan roh mukmin yang baru.
29. Di sisi roh-roh orang yang beriman. roh orang mukmin beristirehat dari kekacauan dunia.
30. Tempat seseorang kelak di syurga atau neraka selalu diperlihatkan kepadanya.
31. Binatang- binatang mendengar suara penghuni kubur yang diseksa.
32.Kubur adalah tempat pertama dari kehidupan akhirat.
33. Kubur orang yang selalu melakukan maksiat dipenuhi dengan kegelapan.
34. Manusia tidak akan sanggup mendengar siksa kubur.
35. Memakan buah dari Syurga sebelum hari Kiamat.
36. Jiwa orang mukmin tertahan kerana hutangnya.
37. Doa malaikat penghuni langit bagi hamba yang beriman.
38. Orang mukmin mendapatkan cahaya di dalam kuburnya.
39. Orang mukmin akan tidur di dalam kuburnya.
40. Mayat sangat ingin memberikan kabar gembira kepada keluarganya.
41.Perkataan mayat dalam kubur. " biarkanlah aku solat".
42. Jawapan seorang mukmin di dalam kubur merupakan petunjuk dari Allah.
43. Mayat di dalam kubur hanya akan ditanya tentang masalah ibadah dan agama.
44. Mayat tidak mendengar apa yang terjadi di bumi.
45.Orang musyrik yang dikuburkan di Badar dapat mendengar perkataan Nabi saw, tetapi mereka tidak dapat menjawabnya.
46. Para sahabat yang syahid sangat ingin memberitahu kepada saudar-saudaranya mengenai kemuliaan yang dijanjikan kepada para syuhada.
No comments:
Post a Comment