Mungkin ada antara anak-anak yang bertanya; adakah syaitan lebih kuat daripada manusia? Fahamkan anak-anak bahawa syaitan itu lemah. Syaitan menjadi kuat apabila kita mengikut sikap dan menjadikan mereka pemimpin. Sebaliknya, jika kita sentiasa mengingati Allah swt , maka syaitan akan menjauh.. Jika kita takut kepada Allah swt dan menjauhi perkara-perkara yang mendatangkan dosa, syaitan akan takut kepada kita.
Bawakan kepada anak-anak cerita motivasi seperti kisah Sayidina Umar al-Khattab yang ditakuti syaitan ketika melintas atau bertembung dengan beliau. Mengapa syaitan takut akan Saiyidina Umar?
Ini kerana Saiyidina Umar sangat takut kepada Allah swt. Hati yang takut kepada Allah swt tidak mungkin akan berani membuat dosa.
No comments:
Post a Comment