Keikhlasan menjadi pengikat keredhaan sebagai tali penambat.
Kujalani hidup yang serba sederhana kerana kesederhanaan itu tuntutan agama. Kuhadapi pancaroba dengan penuh kesabaran kerana sabar itu sebahagian daripada iman. Kujalani jalan-jalan hidup berliku berbekal sedikit ilmu. Menjadi amalan dan petunjuk di sepanjang perjalanan. Kubimbing anak-anak; tunjukkan mereka jlan menuju keredhaan Ilahi. Kudampingi suami; sertai perjuangan demi menegak Islam yang suci.
Terasa hidup dalam nikmat, diulit bahagia disinari berkat. Hendaknya berkekalanlah hingga ke akhir hayat. Bayangkanlah hidup harmoni sebuah keluarga yang sederhana dalam urusannya. Berpandukan batas-batas susila dalam pergaulan. Berlandaskan syariat Islam dalam setiap perlakuan. Saling hormat-menghormati, kasih-mengasihi. Hidup mereka tidaklah semewah mana, tetapi cahaya kebahagiaan dan keimanan dari hati terbayang di wajah yang bercahaya.
Sebaliknya jika hidup mementingkan dunia ; bertuhankan kebenaaan , kesopanan dan kesusilaan diabaikan. Membujur lalu melintang payah; tiada kemesraan dalam keluarga, tiada rasa hormat dan kasih sayang antara yang tua dan muda. Adab diketepikan semata-mata ingin mengecap nikmat dunia hingga lupa bekalan akhirat yang mesti diusaha... Alangkah ruginya hidup ini.
" Sesungguhnya Perjalan Hidup Insan Belum Berakhir Walaupun Sudah Menemui Ajal, Kerana Kematian Itu Hanya Sedetik Cuma. "
No comments:
Post a Comment