Tuesday, August 28, 2012

Surah Paling Panjang

Surah al-Baqarah adalah surah yang terpanjang di dalam al_Quran. Surah ini mengandungi 286 ayat iaitu surah yang memiliki ayat terbanyak. Diturunkan di Madinah. Banyak keistimewaan surah ini. Di antaranya sebagai pendinding diri. Hal ini sebagaimana yang disebut dalam hadis riwayat Muslim yang bermaksud: " Sesiapa yang membaca surah al-Baqarah di dalam rumahnya pada waktu malam, syaitan tidak dapat memasuki rumahnya selama tiga malam. Dalam riwayat al-Tabrani dan Ibn Hibban pula menyebut; " Sesiapa yang membaca surah al-Baqarah di rumahnya pada tengah hari, maka syaitan tidak akan dapat memasuki rumahnya selama tiga hari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...