Jika seekor katak dicampakkan ke dalam bekas berisi air yang mendidih, ia akan segera melompat keluar kerana kepanasan. Tetapi sekiranya katak itu dimasukkan ke dalam bekas air yang sejuk dan kemudian air itu dipanaskan perlahan-lahan, katak tadi tidak akan perasan bahawa air itu semakin panas dan ia akan selesa berada dalam kepanasan tersebut. Tanpa disedari, akhirnya katak tersebut mati kepanasan apabila suhu mencecah 100 darjah celcius.
Ya kita umat Islam tidak akan diseret kepada kemurtadan secara mendadak. Tetapi kita diajak meninggalkan cara hidup Islam sedikit emi sedikit. Kita tidak akan sedar bahkan akan terus selesa. Tanpa menukar nama, tanpa menukar agama, tetapi hanya dengan menukar cara hidup. Tanpa kita sedari.... seperti katak yang dipanaskan itu. Inilah yang disebut dalam hadis bahawa umat Islam akan mengikut sedikit demi sedikit, bukan dengan cara mendadak.
Maka, wahai umat Islam.. Bangkit dan sedarilah fenomena yang sedang melanda Umat Islam keseluruhannya.. Tinggalkan perkara kejahilan dan pancunglah kedegilan yang tenat dalam diriagar kita tidak mengikut cara hidup fahaman hedonisme dan materialisme yang dibawa oleh gerakan Zionis dan missionary ini demi masa depan umat Islam keseluruhannya..
No comments:
Post a Comment