Wednesday, June 6, 2012

Tips Bahagia dalam Rumah Tangga (I)

KEMBALI KEPADA ALLAH


 Untuk mencapai hidup gemilang bersuami isteri, pada hari pertama pertemuan dua hati hendaklah berniat untuk sehidup semati, hanyalah kerana Allah Rabbul Izzati.

  Pertama-tamanya mestilah sedaya upaya mencari kesesuaian diri, kemudian menganalisis sifat-sifat pasangan kita dengan lebih terperinci. Carilah kesukaannya dan kita sama-sama cuba menyukai. Kenalilah kebenciannya, kemudian kita sama-sama cuba menjauhi. Insya Allah akan timbul persefahaman dalam diri.

  Keduanya, hendaklah saling hormat-menghormati dan cuba mengelakkan sesuatu yang menimbulkan kemarahannya. Lebih baik membatu dan membisu sambil beristighfar di dalam hati. Kalau tidak menjadi kesalahan, untuk mengelakkan kemarahan yang berpanjangan, berlalulah dari situ. Itulah amalan bersuami isteri kerana di dalam rumah  tangga, perselisihan dan pergaduhan kecil-kecilan adalah asam garam kehidupan. Panai-pandailah mengendalikan perasaan. Jika berasa terlalu pilu biarkan air mata menitis. Semiga dengan titisannya, dapat menyejukkan hati yang membara di dada, dapat mengubati merah luka dijiwa.

   Ketiga, pikullah tanggungjawab masing-masing dengan penuh keikhlasan. Janganlah mengabaikan hak antara satu dengan lain, selalulah memikirkan kepentingan pasangan terlebih dahulu daripada mencurigai dan cemburu yang melampaui batasan, kelak akan dirasuk syaitan yang sentiasa menanti-nanti peluang keemasan memusnahkan insan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...